SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak persoal mengapa dividen dan bonus Tabung Haji (TH) serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) belum diumumkan.
Katanya, sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata pengumuman bagi hibah TH akan dibuat selewat-lewatnya bulan Mac.
Iklan
Iklan
Menurutnya, begitu juga Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang berkata pengumuman dividen LTAT adalah pada Februari.
"Hari ini adalah hari bekerja terakhir untuk suku pertama 2019. Hari Isnin sudah masuk bulan April.
"Mengapa Menteri-menteri PH sering mungkir janji? Macam ini, siapa nak percaya lagi?" soalnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau meminta menteri berkaitan tidak berdiam diri kerana bakal menimbulkan persoalan dan menambah kebimbangan rakyat mengenai kemampuan kewangan institusi tersebut.
"Ada atau tidak, cakaplah. Jangan ikut jejak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang membisu tentang skandal terowong," katanya.