Maciej Rybus terlepas peluang ke Qatar 2022

Iklan
Maciej Rybus - Foto AFP

PEMAIN Poland, Maciej Rybus tidak akan dipertimbangkan menyarung jersi pasukan itu di Piala Dunia Qatar 2022 selepas tonggak pertahanan tersebut menandatangani kontrak dengan kelab Rusia, kata Persatuan Bolasepak Poland (PZPN).



Iklan
Iklan

Bek kiri berusia 32 tahun itu yang memiliki 66 penampilan bersama Poland, berpindah ke Spartak Moscow bulan ini selepas lima tahun menyarung jersi seteru setempat Lokomotiv Moscow.



Iklan

"Pengendali Poland, Czeslaw Michniewicz, telah bercakap mengenai perkara ini dengan Maciej Rybus selepas sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang berakhir minggu lalu.



Iklan

"Michniewicz memaklumkan Rybus situasinya sekarang memungkinkan dia tidak akan dipanggil ke kem latihan pasukan kebangsaan pada September dan tidak akan dipertimbangkan untuk pasukan yang akan ke Piala Dunia di Qatar," kata PZPN dalam satu kenyataan.



rekod, Poland adalah sekutu rapat Kiev merupakan antara penyokong kewangan terbesar Ukraine sejak pencerobohan Rusia ke atas negara itu yang disifatkan Moscow sebagai operasi khas pada 24 Februari lalu.



Di Qatar 2022, Poland yang diundi dalam kumpulan C akan menentang Mexico, Arab Saudi dan Argentina dalam kempen yang bermula pada 21 November.