Gaji mula siswazah baharu meningkat beransur-ansur: MEF

Iklan
Shamsuddin Bardan

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata gaji permulaan untuk siswazah baharu di sektor swasta negara ini telah meningkat secara beransur-ansur dari 2010 hingga 2018, tidak seperti yang digambarkan oleh Bank Negara.

Data perkumpulan majikan menunjukkan seorang pemegang diploma boleh mendapat pendapatan sebanyak RM1,661 dalam 2018 berbanding RM1,458 dalam 2010, ijazah sarjana muda RM2,393 (RM1,993) dan ijazah sarjana RM3,267 (RM2,923).

Iklan
Iklan

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata data itu berdasarkan Kajian Gaji MEF untuk Bukan Eksekutif dan Eksekutif 2010 dan 2018 dengan data yang dikumpul daripada syarikat anggota yang terlibat dan diterbitkan oleh MEF.

Bank Negara telah menganalisis dan menyesuaikan data gaji MEF kepada terma"nyata”, dengan mengambil kira faktor seperti Indeks Harga Pengguna, katanya.

Iklan

"MEF menyatakan apabila data gaji sebenar menunjukkan gaji pokok permulaan untuk kesemua kategori termasuk pemegang diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam trend meningkat dari 2010 ke 2018, tetapi dinyatakan sebaliknya dalam laporan BNM, ia telah memberikan gambaran buruk kepada majikan di Malaysia.

Majikan Malaysia dipersalahkan kerana tidak membayar gaji pokok permulaan yang mencukupi untuk pekerja yang baharu diambil bekerja,” katanya.

Iklan

Menurut laporan BNM, seorang siswazah baharu lepasan diploma boleh mendapat pendapatan RM1,376 dalam 2018 berbanding RM1,458 dalam 2010 sementara pemegang ijazah sarjana RM2,923 (RM2,707).

Shamsuddin berkata analisis Bank Negara terhadap gaji nyata mungkin berguna untuk perumusan dasar tetapi boleh menyebabkan kecurigaan dan suasana tidak harmoni dalam kalangan majikan dan pekerja.

Beliau menegaskan, gaji pokok permulaan hanya terpakai semasa tempoh percubaan dan jika pekerja yang dalam tempoh percubaan membuktikan dia merupakan aset kepada organisasi itu, gajinya akan disemak semula kepada yang lebih tinggi bagi memastikan dia kekal dengan majikan.