Masteron lancar KR7 Residences

Iklan
Kin Mann (kiri) Wai Hin pada majlis pelancaran KR7 Residences yang diadakan pada Selasa.
SHAH ALAM - Masteron Group of Companies (Masteron) melancarkan KR7 Residences, sebuah projek pangsapuri servis terbaharu di Taman Mas Puchong, Puchong dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM208 juta.

Masteron dalam satu kenyataan berkata, projek perumahan itu merupakan siri ikonik Masteron ‘Koi’ yang ketujuh, berikutan kejayaan siri-siri sebelum ini, termasuk Koi Kinrara, Koi Tropika, Koi Boulevard, Koi Legian, Koi Prima dan Koi Suites.

"KR7 merupakan projek perumahan serba lengkap dan berketumpatan rendah dengan jumlah keseluruhan 484 unit yang tersedia di dua blok, dengan lapan hingga 10 unit sahaja pada setiap aras dan menampilkan susun atur dua dan tiga bilik tidur. Fasa pertama (Menara A), dijangka siap pada tahun 2025,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, KR7 telah dilancarkan di Galeri Jualan Masteron di Koi Prima, Puchong. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Masteron Group of Companies, Datuk Choy Wai Hin dan Pengarah Masteron Group of Companies, Choy Kin Mann.

Sementara itu, Kin Mann berkata, apabila siap kelak, KR7 bakal memenuhi permintaan semakin meningkat terhadap rumah yang dilengkapi dengan ciri-ciri"future-proof”, seperti kegunaan ruang rumah yang senang untuk diubahkan sebagai ruang pejabat di rumah, ruang dapur sepenuh masa dan tempat beristirehat yang tenang, selamat dan selesa.

Iklan

"KR7 Residences bakal memenuhi semua keperluan ini dengan memberikan para penghuninya satu permulaan yang baru dalam kehidupan moden di bandar,” katanya.

Beliau berkata, melalui penawaran pelbagai pengalaman holistik dengan ruang-ruang rumah yang saling melengkapi dan berintegrasi, KR7 menggabungkan teras rekaan dan konsep berwawasan, berlandaskan komitmen Masteron terhadap inovasi dan kecemerlangan untuk meningkatkan lagi taraf hidup para penghuninya.

Iklan

"KR7 telah bersedia untuk menjadi projek perumahan dengan kelainan yang dapat memenuhi keperluan hari ini yang sentiasa berubah daripada para penghuni bandar moden, terutamanya di kalangan generasi muda.

"Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan berwawasan kami dalam menghasilkan rekaan dan fungsi. Setiap takrifan ‘kediaman’, telah berubah dengan drastik sepanjang dua tahun lepas, disebabkan oleh pandemik, sekatan pergerakan dan keadaan hidup yang telah terhasil yang mana elemen-elemen ini turut diambil kira di dalam pembangunan KR7,” katanya.

Beliau berkata, antara kemudahan yang disediakan adalah seperti ruang bekerja, bersenam dan bersosial yang merangkumi gimnasium, panggung terbuka, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, bilik stim serta sauna, pod kediaman dan ruang makan persendirian.

"Untuk memastikan kualiti yang terbaik bagi ruang dalaman dan ruang awam KR7, Masteron telah bekerjasama dengan firma kelengkapan dalaman yang terkemuka, Federal International Holdings Berhad (FIHB), yang telah mempamerkan rekod yang cemerlang dalam rekaannya bagi hotel-hotel mewah seperti Ritz Carlton dan St. Regis.

"Walaupun dengan harga mampu milik, setiap unit KR7 bakal dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik, lazimnya hanya terdapat di kediaman mewah. Antara ciri-ciri tersebut adalah sistem rumah pintar, dengan kawalan wayarles yang membolehkan para penghuni mengawal lampu siling, TV, kipas dan pendingin hawa dari jauh, menggunakan telefon pintar,” katanya.

Beliau berkata, penempatan KR7 adalah strategik iaitu di persimpangan Petaling Jaya, Sepang dan Kuala Langat.

"Harga seunit KR7 bermula pada RM373,500 dan Masteron telah mengumumkan bahawa mereka akan turut menyerap yuran guaman perjanjian jual beli (SPA). Semua unit KR7 akan diserahkan kepada para pemilik dengan separa berperabot, dilengkapi dengan almari pakaian, kabinet dapur dengan tunku dan penyedut asap, pendingin hawa dan pemanas air yang bernilai sehingga RM25,000,” katanya.

Bagi Wai Hin, ini merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Masteron kepada para pembeli rumah pertama dan keluarga muda yang sedang mencari kediaman yang berkualiti tinggi.