SHAH ALAM – Keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagaimana diterjemahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu sudah cukup jelas menggambarkan pendirian parti itu ketika ini.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, keputusan itu turut diambil berdasarkan penubuhan asal Bersatu yang dilihat mahu menggantikan UMNO.
"Ini jelas apabila hampir separuh daripada ahli Parlimen Bersatu serta hampir keseluruhan pimpinan mereka di Sabah pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bekas wakil rakyat UMNO yang dianggap sebagai pengkhianat parti oleh akar umbi UMNO.
"Ini adalah asas jelas mengapa UMNO tolak Bersatu,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertikaian Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkenaan tindakan UMNO/Barisan Nasional (BN) menyerang pemimpin Perikatan Nasional (PN) bertubi-tubi berbanding menyerang musuh sebenar iaitu Pakatan Harapan (PH) seperti kelazimannya,
Dakwa Shahril, Bersatu tidak jujur dalam bekerjasama dan ia terbukti semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila Bersatu meletakkan calon di 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melawan calon BN.
Jelasnya, Bersatu juga turut mendaftarkan PN tanpa sebarang perbincangan bersama UMNO.
Mengulas lanjut mengenai Bersatu yang didakwa tidak pernah membatalkan hasrat untuk menyertai Muafakat Nasional (MN), Shahril berkata, jika perkara itu berlaku, Bersatu tidak boleh mendominasi keputusan tanpa persetujuan anggota yang lain.
"Sebab itu mereka tubuhkan PN dan memikat Pas sekali. Malah pada suatu ketika parti komponen BN juga dipelawa tanpa sebarang perbincangan bersama UMNO.
"Bila dah bertindak begini, macam mana nak terima masuk MN? ” jelasnya.
BERITA SEMASA 22 JUN 2022
Keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Bersatu pada PRU15 sebagaimana diterjemahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu sudah cukup jelas menggambarkan pendirian parti itu.
Muzik: www.bensound.com
Baca artikel penuh: https://bit.ly/3n5xvBR
#BeritaSemasa #UMNO #Bersatu #SinarHarian" />