DARWIN - Seorang lelaki, Kai Hasen memukul kepala seekor buaya dengan menggunakan kuali di sebuah lokasi di Northern Territory, Australia baru-baru ini.
Dalam rakaman video yang dikongsi dalam talian oleh Airborne Solutions Helicopter Tours, reptilia agresif itu boleh dilihat bergerak melintasi rumput dengan rahangnya yang terbuka.
Iklan
Iklan
Ketika ia cuba menggigit Hansen, lelaki berkenaan memukul muncungnya dengan menggunakan kuali.
Terkejut dengan serangan itu, buaya itu berpatah balik dan merangkak meninggalkan kawasan tersebut.
Hansen dilaporkan memukul buaya tersebut di bahagian muncungnya beberapa kali sebelum ia berundur dan merangkak ke arah belukar. - Agensi