KUALA LUMPUR - Gangguan air di 47 kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling akibat kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil pada Selasa pulih sepenuhnya pada 7 pagi Rabu.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.