Enam pelajar pusat tahfiz di Seri Iskandar selamat dalam kebakaran

Iklan

IPOH - Enam pelajar lelaki Pusat Tahfiz Dar al-Fawzan di Seri Iskandar dekat sini terselamat dalam kebakaran awal pagi Khamis membabitkan sebuah bilik di asrama yang dihuni mereka.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.46 pagi.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat atas berkeluasan 15x10 kaki persegi musnah terbakar kira-kira 15 peratus.

"Seramai enam pelajar yang tinggal di asrama tersebut semasa kejadian itu berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Iklan

Jurucakap itu berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dengan bantuan BBP Batu Gajah yang dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan satu aliran hos bagi melakukan pemadaman dan operasi tamat sepenuhnya pada kira-kira 5.20 pagi. - Bernama

Iklan