Bawa masuk ribuan pekerja Bangladesh boleh cetus 'bangsa baharu'

Iklan
Mohd Ridzuan (tengah) menyuarakan kebimbangan lambakan kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini bakal mewujudkan sebuah 'bangsa baharu'.

KUALA LUMPUR - Langkah terkini kerajaan cuba membawa masuk ratusan ribu pekerja Bangladesh ke Malaysia dibimbangi bakal mewujudkan sebuah 'bangsa baharu' di negara ini kelak.

Berikutan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Malaysia melahirkan kebimbangan dengan hasrat kerajaan itu dan menggesa agar langkah itu dikaji semula.

Iklan
Iklan

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, jumlah rakyat Bangladesh di Malaysia kini sudah ramai dan sekiranya ditambah lagi, ia seolah-olah mewujudkan satu 'bangsa baharu'.

Lebih merisaukan, beliau turut mendakwa pekerja dari negara itu banyak menimbulkan masalah sepanjang berada di negara ini dan Ikhlas lebih terbuka menerima idea kemasukan pekerja dari negara lain ke Malaysia secara timbang tara.

Iklan

"Ikhlas Malaysia memandang serius perkara ini demi masa depan bangsa, negara dan rakyat Malaysia. Dalam isu ini, kita minta pihak berkaitan ambil perhatian.

"Bahkan, kita juga desak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan isu ini di Parlimen, perlu bantah perkara ini. Saya faham ini isu kemanusiaan, isu hak asasi.

Iklan

"Tapi hak asasi rakyat Malaysia siapa nak jaga? Dalam isu ini, semua pihak yang terlibat perlu memandang serius perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebagai tindakan lanjut, Mohd Ridzuan dan beberapa NGO lain juga telah membuat laporan polis berhubung beberapa isu berkaitan kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia.

"Kita bantah sekeras-kerasnya kemasukan pekerja dari Bangladesh. Kami dah buat laporan polis dan sekiranya ada apa-apa berlaku kepada negara kita, mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab," tegasnya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan baru-baru ini memberitahu isu kemasukan pekerja asing dari Bangladesh sudah diselesaikan dan semua majikan boleh memohon untuk membawa masuk golongan berkenaan secara dalam talian.

Menurutnya, masalah tersebut berjaya diselesaikan melalui perjumpaan beliau bersama beberapa pucuk pimpinan Bangladesh dalam lawatannya ke negara berkenaan baru-baru ini.

Tegas beliau, semua kos pengambilan pekerja dari negara itu termasuk tambang penerbangan, levi dan yuran perubatan ditanggung majikan dan sekiranya mereka mengenakan caj, kuota mereka akan dibatalkan.

Majikan yang mengutip sebarang bayaran daripada pekerja Bangladesh yang tiba di negara ini akan dibatalkan kuota mereka.