Jangan terlepas pandang gula tambahan

Iklan

APA itu gula tambahan?

Semasa pemprosesan makanan, gula ditambah kepada makanan bagi menambah rasa, warna dan tekstur, meningkatkan jangka hayat dan lain-lain.

Iklan
Iklan

Untuk mengetahui sama ada produk makanan minuman mengandungi gula tambahan, kita perlu melihat senarai ramuan pada label makanan.

Malangnya, pengeluar makanan sering menyembunyikan jumlah gula dalam produk mereka dengan menyenaraikan 'gula' di bawah beberapa nama yang berlainan.

Iklan

Produk makanan yang mempunyai gula tambahan antaranya adalah:

- gula-gula, coklat

Iklan

- kek dan pastri

- biskut

- konfeksi ais

- produk tenusu

- sos, kicap

- minuman bergula ; minuman berkarbonat, isotonik, minuman berasaskan buah dan lain-lain

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia, perlu lebih peka terhadap perkara ini. Mari kenal nama lain gula tambahan.

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang