BN Parit pergiat persiapan menang mandat rakyat

Iklan
Saarani (tengah) hadir menyempurnakan pelancaran Jentera BN Parlimen Parit pada Selasa.

PARIT - Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit mempergiat segala persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk strategi memenangi mandat rakyat.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, pihaknya akan memberi tumpuan lebih kepada pengundi muda 18 tahun yang telah diberikan kelayakan mengundi pada PRU depan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendekatan politik yang tepat diperlukan bagi menarik sokongan anak muda agar mereka lebih memahami aspek demokrasi serta pilihan raya.

"Saya harap anak muda dapat memahami senario landskap politik.

Iklan

"Ini bukan perkara yang biasa, tetapi berkaitan hak bagi menentukan kuasa kerajaan yang memerintah mempunyai satu dimensi dan hala tuju yang jelas untuk membangunkan negeri dan negara.

"Kerana itu mereka berusia 18 tahun yang sudah layak mengundi ini perlu disantuni, sentiasa diperingatkan dan kita ada bersama dengan mereka," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran Jentera BN Parlimen Parit yang disempurnakan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Serbaguna Seri Iskandar di sini pada Selasa.

Ahli Parlimen Parit itu yakin, BN dapat mengekalkan episod kemenangan di kerusi Parlimen Parit dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bota dan Belanja seperti PRU14.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan kerja kuat yang dipamerkan setiap wakil rakyat dan komitmen tinggi jentera serta gabungan parti bersama MCA dan MIC yang bergerak seiring memperkukuh kepimpinan.

"Untuk menang kena bekerja kuat dan itu merupakan resipi yang kita gerakkan bersama.

"Masyarakat dan pengundi di Parlimen Parit ini memahami dan tahu hasrat serta cita-cita, paling penting sejarah apabila kita kalah (keseluruhan)," katanya.