JASNS keluar 18 kompaun berjumlah RM36,000

Iklan
Anggota penguat kuasa JASNS melakukan pemeriksaan ketika Ops Burung Hantu Jumaat lalu. - Foto JASNS

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) mengeluarkan 18 kompaun berjumlah RM36,000 ke atas tujuh premis yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

JASNS dalam kenyataannya berkata, kompaun itu dikeluarkan dalam Ops Burung Hantu selama dua hari bermula Jumaat lalu melibatkan 15 pegawai penguat kuasa melakukan pemeriksaan terhadap 10 premis yang menghasilkan influen perindustrian di kawasan Seremban.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah itu, tiga premis mematuhi peraturan ditetapkan manakala tujuh premis lagi yang tidak mematuhi dikenakan tujuh notis arahan serta 18 kompaun bernilai RM36,000.

"Hasil dari operasi ini, premis-premis yang didapati melanggar kehendak perundangan alam sekitar akan dipantau secara lebih kerap dan dikehendaki melaksanakan serta membuktikan langkah-langkah pembaikan yang telah diambil," katanya.

Iklan
Anggota penguat kuasa JASNS ketika menjalankan Ops Burung Hantu bermula Jumaat lalu. - Foto JASNS

Menurutnya, operasi kali ini memberi tumpuan khas kepada premis yang menghasilkan efluen perindustrian khasnya pemantauan terhadap pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

" JASNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak khususnya industri dalam memastikan operasi premis mereka sentiasa dipantau bagi mematuhi kehendak perundangan dan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak terbabit pada setiap masa.

Iklan

"Selain itu, JASNS akan terus memantau premis-premis yang disyaki mencemarkan alam sekitar dan mana-mana pihak yang didapati melanggar kehendak perundangan alam sekitar akan diambil tindakan sewajarnya," katanya