RUU Pesara dan Bekas Polis akan dibentang hujung tahun ini

Iklan
Razarudin Husain

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pesara dan Bekas Polis dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu jawatankuasa khas telah dilantik pada 12 April lalu untuk menyediakan draf RUU tersebut.

Iklan
Iklan

"Draf RUU itu akan diteliti sebelum diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada pengunjung tahun ini.

"Kita sedia maklum berhubung status RUU tersebut yang perlu dilaksanakan segera, sesi libat urus bersama gabungan Persatuan Pesara dan Bekas Polis telah diadakan," katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) ke-38 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pada Rabu.

Iklan

Turut hadir, Presiden Respa, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin dan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin memaklumkan, seramai 2,222 orang terdiri daripada pesara, bekas polis, petugas era darurat dalam proses menerima bayaran Tabung Amanah Warisan Polis.

Iklan

"Ia melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM3.7 juta. PDRM sentiasa memperjuangkan hal kebajikan dan memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang layak menerima," ujarnya.

Sementara itu, Meor Chek Hussien berkata, RUU Pesara dan Bekas Polis itu wajar diberi keutamaan bagi tujuan tadbir urus dan kawal selia.

"Pesara dan bekas polis memerlukan kewujudan satu RUU khusus seperti Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2012 untuk menjadi rujukan perundangan untuk pengurusan veteran dan persatuan bekas polis," ujarnya.