Lelaki cuba terjun tingkat 31

Iklan

KOTA BHARU - Seorang lelaki dipercayai cuba terjun dari tingkat 31 di sebuah bangunan Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang masih dalam pembinaan di Lembah Sireh, dekat sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Ridzuan Ali berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian seorang lelaki berusia 27 tahun dilaporkan cuba terjun dari bangunan terbabit pada jam 10.50 pagi dan bergegas ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati lelaki terbabit duduk di atas kren yang diletakkan di tingkat 31 bangunan yang sedang dalam pembinaan.

"Usaha memujuk lelaki terbabit sedang dijalankan oleh keluarganya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, seramai 20 anggota bomba terlibat dalam usaha untuk membawa turun lelaki terbabit dengan selamat.

"Anggota dan pegawai yang terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu,” katanya.

Iklan