SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan mengadakan sidang media khas jam 4 petang ini.
Sidang media berkenaan akan dipancarkan secara langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama dan juga siaran langsung di Facebook.
Beliau dijangka mengumumkan perkara penting berkaitan isu subsidi.