Serah petisyen mewajibkan vaksin

Iklan
ISNIN lalu, 18 Mac 2019 bertempat di Pejabat Menteri Kesihatan, Jalan Cenderasari, sekumpulan wakil NGO telah bertemu dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bertujuan menyerahkan petisyen.

Petisyen tersebut merupakan sebahagian daripada kempen #WajibVaksin yang menyokong usaha kerajaan dan KKM bagi mewajibkan vaksin yang terkandung dalam Program Imunisasi Kebangsaan kepada seluruh kanak-kanak warganegara Malaysia.

Petisyen yang dianjurkan oleh Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbusters Malaysia) berlangsung sejak 25 Februari 2019 lalu, dan berjaya memperoleh sejumlah 119,932 tandatangan.

Sebanyak 15 pertubuhan dan persatuan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai bidang, khususnya kesihatan dan kebajikan kanak-kanak, turut menzahirkan sokongan ke atas petisyen ini.

15 NGO tersebut adalah:

1. Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbusters Malaysia, M3)

2. ASEAN Commission For the Promotion and Protection of the Right of Women and Children (ACWC)

3. Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) /Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim

4. Public Health Malaysia

5. Delegation of Nurses

6. The Dressar & Co.

7. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

8. IKRAM Health Malaysia

9. Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

10. Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) Malaysian FMS Association

11. Malaysian Male Nurses - MMN

12. Persatuan Perubatan Islam Malaysia - IMAM

13. Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)

14. Medical Tweet Malaysia (Medtweetmy)

15. Immunise4Life

Salinan petisyen tersebut telah diterima secara langsung oleh Dr Dzulkefly.

Beliau juga menyatakan iltizam dan komitmen ke arah mewujudkan vaksin mandatori, dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk sokongan rakyat yang disampaikan melalui petisyen ini.

Sumber : Medical Mythbusters Malaysia