SHAH ALAM - Karnival Pendidikan MyUni 2022 ketika ini telah menjelajah ke hampir seluruh Malaysia selari dengan usaha untuk membantu lebih ramai pelajar lepasan sekolah mendapat maklumat mengenai bidang bersesuaian dan peluang pelajaran yang ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara.
Iklanika Sdn Bhd (Iklanika) dalam satu kenyataan berkata, karnival itu juga bertujuan membantu lebih banyak IPTS bumiputera khususnya yang bersaiz sederhana dan kecil menyertai karnival pendidikan sekali gus mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan sama ada di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.
Justeru, dengan adanya program seumpama ini, ia dapat membantu lebih ramai lepasan sekolah khususnya dalam keluarga B40 yang tidak ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam mendapat peluang pendidikan yang berkualiti.
"Melalui penganjuran karnival ini, MyUni komited untuk terus memainkan peranan yang aktif dalam arus perdana pendidikan tinggi negara dengan menyediakan akses ke pendidikan tinggi kepada kelompok B40 khususnya yang tidak mendapat tempat di institusi pendidikan tinggi awam.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan di Karnival Pendidikan MyUni 2022 yang diadakan di Perak.