[VIDEO] Subsidi minyak masak peket kekal: PM

Iklan
Ismail Sabri (tengah) berkata demikian pada sidang media khas pada Rabu.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan masih mengekalkan pemberian subsidi minyak masak jenis peket dengan isi padu satu kilogram seperti mana yang dilaksanakan sejak 2007 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sebagai usaha untuk membantu meringankan beban rakyat di negara ini.

Iklan
Iklan

"Suka saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak dengan jumlah sebanyak RM4 bilion pada tahun 2022 ini dan ada kemungkinan ada pertambahan lagi terutamanya apabila harga minyak kelapa sawit meningkat.

"Ia (jumlah subsidi) jauh lebih tinggi berbanding dengan subsidi yang lepas iaitu RM500 juta pada tahun 2020 dan RM2.2 bilion pada tahun 2021.

Iklan

"Minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan adalah sebanyak 60,000 tan metrik sebulan melebihi daripada keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan. Masih ada lebihan 5,000, jadi tidak timbul isu bekalan tidak mencukupi,” katanya pada sidang akhbar khas yang di siar secara langsung melalui stesen televisyen tempatan pada Khamis.

Tambahnya, harga minyak masak peket dengan isi padu satu kilogram yang perlu dibayar rakyat di negara ini adalah pada kadar RM2.50 berbanding harga asal RM9.

Iklan

"Harga pasaran sebenar minyak masak bagi satu kilogram (peket) untuk kegunaan domestik atau rumah terutamanya golongan B40 adalah RM9 (sebelum subsidi),” katanya.

Ismail Sabri dalam masa sama turut mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak terkeliru dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram bermula 1 Julai ini.

Ini kerana katanya, subsidi minyak masak tulen botol yang dilaksanakan sejak Ogos tahun lalu adalah bersifat sementara.

"Jadi saya harap rakyat Keluarga Malaysia faham tentang perkara ini dan tidak lagi terkeliru seolah-olah kerajaan menarik balik semua subsidi minyak masak," katanya.