Ketiadaan Sathianathan amat dirasai Sarawak United

Iklan
Sathianathan - Foto Sarawak United FC Official

KETIADAAN bekas jurulatih Sarawak United FC, B Sathianathan yang terpaksa direhatkan berikutan berdepan masalah kesihatan sememangnya dirasai oleh semua pemain The Golden Hornbill tersebut.

Malah pertahanan Sarawak United, Stuart Wark, mengakui seluruh pasukan sangat terkesan dengan situasi itu yang menyaksikan mereka kurang bersemangat sebelum menghadapi Selangor FC, pada Ahad.

Iklan
Iklan

Justeru, dia mengharapkan Sathianathan agar kembali sembuh dan mendapat rawatan yang terbaik terhadap penyakit dihadapinya.

"Situasi sekarang sukar untuk kami jelaskan tetapi jalan terbaik jelas dia perlu berehat kerana berdepan masalah kesihatan.

Iklan

"Beliau telah berikan segala-galanya untuk pasukan ini dan sentiasa menjaga kebajikan pemain bagi pastikan Sarawak United mampu bersaing seperti pasukan lain.

"Kekalahan ini saya rasa sudah tentu buatkan dia lagi kecewa tetapi harapan saya, kami akan bangkit daripada kekalahan ini,” katanya.

Iklan

Sathianathan telah memberikan notis untuk berhenti pada 13 Jun iaitu seminggu sebelum perlawanan berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tugas mengendali Sarawak United diambil alih bekas penolong ketua jurulatih Harimau Malaya, S Balachandran.

Sementara itu, pemain sayap Sarawak United, Nur Shamie Iszuan, mengakui segalanya tidak menjadi buat The Golden Hornbill walaupun mereka cuba untuk meraih sesuatu semasa berdepan Selangor.

Dia mengakui semua pemain tidak menyangka situasi sebegini mampu terjadi kepada Sathianathan malah persiapan mereka semasa tempoh sebulan ini sedikit terjejas.

"Kami sangat terkejut sebab hanya seminggu sebelum perlawanan dengan Selangor, beliau telah mengundurkan diri.

"Malah penolong jurulatih hanya mempunyai masa selama empat hari untuk melakukan persiapan dan jelas tidak banyak dia boleh lakukan.

"Memang tidak banyak persiapan sebelum kami ke sini dan kami memang kecewa tidak dapat berikan sesuatu kepada jurulatih,” katanya.