PEMAIN sayap Tottenham Hotspur, Lucas Moura memberi bayangan dia mungkin akan meninggalkan kelab tersebut selepas kontraknya habis pada musim panas tahun depan.
Bagaimanapun Moura berjanji hasrat yang dibuat itu tidak akan mengganggu prestasinya pada musim depan sambil memberitahu dia teruja untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Spurs.
Iklan
Iklan
"Buat masa sekarang, saya hanya mahu menghabiskan baki kontrak yang ada ketika ini iaitu setahun dengan pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.
"Jadi pada penghujung musim baru ini, jika kelab ini mahu melanjutkannya setahun lagi, mereka mempunyai pilihan itu.
"Justeru ideanya sudah ada, melengkapkan kontrak, kemudian menjadi bebas dan memilih arah tuju saya,” katanya.
Untuk rekod, Moura yang menyertai Spurs daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada 2015 dengan kontrak selama lima tahun dan dijangka tamat pada Jun tahun depan.
Pada musim lepas, pemain berusia 29 tahun itu melakukan 34 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan berjaya menghasilkan dua gol serta enam bantuan jaringan selain mencipta 34 peluang untuk Tottenham layak ke pusingan kelayakan UCL.