Mujur empat sekeluarga sempat selamatkan diri

Iklan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran rumah dihuni empat sekeluarga di Felda Jengka 10, Maran pada Khamis.

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan terselamat apabila sempat keluar menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Felda Jengka 10, Maran di sini terbakar pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kebakaran yang dilaporkan jam 8.50 pagi itu, rumah dihuni keluarga itu gagal diselamatkan apabila mengalami kemusnahan hampir 80 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bergegas ke lokasi untuk operasi pemadaman.

"Kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos dari tangki pam jentera.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang," katanya.

Andul Ghani bagaimanapun berkata, punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

Iklan