Lelaki tikam isteri, ibu mentua direman tiga hari

Iklan
Suspek (tengah) dikawal polis ketika dibawa keluar dari Lokap Mahkamah Kota Bharu menuju ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi mendapatkan perintah reman.

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dipercayai menikam isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Tumpat pada Selasa direman tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 27 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu, Nuriza Mustafa pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan perintah reman berkenaan terhadap suspek.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Iklan

"Bagi kes mencederakan isteri dan ibu mentua permohonan reman akan dibuat di Tumpat,” katanya kepada pemberita, pada Khamis.

Pada Rabu, seorang pemandu lori ditahan ketika cuba terjun dari tingkat 31 bangunan yang dalam pembinaan di Lembah Sireh, di sini.

Iklan

Suspek dikatakan melarikan diri ke bangunan itu selepas dipercayai menikam isteri dan ibu mentuanya dengan pisau dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang.