Elaun Pengerusi, BOD FGV dinaikkan

Iklan
FGV Holdings Berhad

KUALA LUMPUR - Kesemua 13 resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad (FGV) diluluskan oleh majoriti pemegang sahamnya.

Memetik agenda AGM yang tular, antara resolusi tersebut termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah.

Iklan
Iklan

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, AGM yang berlangsung secara maya sepenuhnya pada Khamis menyaksikan kesemua resolusi dibentang untuk pertimbangan telah diluluskan oleh pemegang saham.

"Kesemua 13 resolusi yang ditetapkan pada Notis AGM ke-14 bertarikh 28 April 2022, dibentangkan pada AGM telah diluluskan," memetik pelamakluman tersebut. - Awani

Iklan
Iklan