SEREMBAN - Jika calon lain sudah memulakan kempen di PRK DUN Rantau, lain pula kisahnya bagi calon Bebas, R Malar.
Suri rumah berusia 51 tahun itu memilih untuk berdiam diri selama dua hari sebagai tanda protes terhadap kerajaan PH dan BN.
"Saya mahu protes kerana kerajaan PH tidak membenarkan calon di PRK DUN Semenyih untuk bercakap. Begitu juga BN di PRK Cameron Highlands.
"Saya ingin membawa kesedaran bahawa calon harus bercakap dan buka mulut agar pengundi tahu bahasa dan 'body language' dia. Saya akan bentang manifesto selepas empoh protes tamat," katanya kepada media selepas proses penamaan calon di Dewan SJK (C) Bandar Sri Sendayan, di sini, hari ini.
Katanya, dia juga tidak menganggap sebagai kerugian kerana membazirkan dua hari tempoh berkempen.
"Tak apa, kura-kura memang lambat tapi akhirnya menang juga," katanya yang menggunakan logo pokok.
ARTIKEL BERKAITAN: Streram dah tak lupa bawa pas SPR
Penamaan calon PRK DUN Rantau berlangsung pagi ini