KANGAR - Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan di Perlis perlu lebih kreatif bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, kata Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, Asmaiza Ahmad.
Beliau berkata, pemain industri tidak boleh hanya bergantung kepada satu elemen tarikan sahaja tapi perlu kreatif sama ada dengan menambah atau memperbaharui tarikan yang sedia ada.
Iklan
Iklan
"Kreativiti yang dimaksudkan bukan hanya dari segi fizikal, penggiat industri juga perlu kreatif dalam mempromosi produk dan lokasi pelancongan,” kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Chuping itu ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata, ketika semua sektor ekonomi kembali pulih selepas terjejas selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, ini adalah peluang terbaik untuk penggiat industri pelancongan menawarkan pakej pelancongan menarik bagi menarik mereka ke negeri ini.
"Daripada data yang kita perolehi sehingga bulan Mei seramai 384,181 orang telah memasuki negeri ini dan di empat pintu masuk utama iaitu Terminal Feri Kuala Perlis, Terminal feri Roll On-Roll Off (RoRo) Kuala Perlis, Kompleks Kastam dan Imigresen (ICQ) Padang Besar dan juga ICQ Wang Kelian.
"Ia merupakan satu angka yang memberangsangkan, diharap pengusaha industri pelancongan mengguna sebaik mungkin peluang yang ada ini,” katanya. -Bernama Asmaiza Ahmad, pelancongan, penggiat industri, kreatif
Artikel Berkaitan