Pusat jagaan warga tua perlukan lebih sokongan korporat

Iklan
Lam Thye (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Pengasas Pusat Jagaan Warga Tua SRA, Sharil Hussein (lima dari kiri) pada Program RoS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke pusat jagaan itu di Kuala Selangor pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Pusat Jagaan Warga Tua Selangor Relief Agency (SRA) di sini memerlukan lebih banyak bantuan daripada syarikat korporat untuk memastikan ia dapat meneruskan operasi bagi memberi perlindungan dan penempatan kepada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dan warga emas uzur.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak berkemampuan seperti syarikat korporat boleh menyumbang dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu pusat jagaan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif dilakukan pusat jagaan itu sememangnya tanggungjawab mulia dan tidak mampu dilakukan secara bersendirian tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

"Usaha dilakukan pusat jagaan milik persendirian ini satu inisiatif terpuji dan selaras dengan dasar mewujudkan budaya penyayang di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas Program Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (RoS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pusat Jagaan Warga Tua SRA di sini pada Jumaat.

Iklan

Lam Thye berkata, pihaknya terpanggil untuk turut sama membantu pusat jagaan itu dengan kerjasama RoS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ujar beliau, sebanyak 40 tin susu formula khas yang boleh menjadi produk gantian hidangan lengkap dan seimbang disumbangkan kepada pusat jagaan berkenaan.

Iklan

"Saya juga akan berbincang dengan ahli Exco (Ikatan Komuniti Selamat) untuk membantu dari segi keperluan pada masa akan datang," jelasnya.

Pengarah RoS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nik Eylia Sofia Nik Abd Aziz berkata, program CSR di rumah jagaan itu dilaksanakan dengan kerjasama empat pertubuhan di bawah RoS.

Katanya, RoS sentiasa memperkasa hubungan dengan pertubuhan lain bagi menjayakan pelbagai program bersesuaian terutama mendekati golongan memerlukan.

"Pada April tahun lalu misalnya, kita mendekati golongan asnaf di sebuah hotel di ibu negara membabitkan seramai 100 peserta bagi melahirkan usahawan berjaya," jelasnya.

Dalam program itu juga, sebanyak 60 naskah al- Quran disumbangkan kepada pusat jagaan itu bagi menggalakkan mereka mendekati dan membaca al-Quran.

Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas, Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, al-Quran itu wakaf orang ramai menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

"Inisiatif ini sebagai usaha meningkatkan aspek kerohanian dalam kalangan penghuni rumah jagaan ini," katanya.

Jelas beliau, WUIF sejak dua tahun lalu pada mulanya menggerakkan program wakaf al-Quran dengan menyasarkan petugas barisan hadapan.

"Program ini kemudian diperluaskan kepada pelbagai institusi termasuk sekolah, masjid dan rumah-rumah kebajikan," ujar beliau.