KUALA LUMPUR - Draf pindaan rang undang-undang berkaitan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori akan disediakan Jabatan Peguam Negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan berkata, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) telah diminta mengkaji dan meneliti syor-syor yang dikemukakan berhubung perkara itu.
Beliau berkata, ini susulan satu perjumpaan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada Isnin lepas (20 Jun).