Dua pingat boling Kejuaraan Dunia B-21 dalam genggaman

Iklan
Ahmad Azriq (kiri) dan Alya Addini layak ke separuh akhir di Olympia Bowling.

PASUKAN boling negara sudah pasti membawa pulang dua pingat pada Kejohanan Dunia Bawah 21 (B-21) Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Helsingborg, Sweden.

Ini selepas dua pemain negara masing-masing perseorangan lelaki, Ahmad Azriq Izamudin dan perseorangan wanita, Alya Addini Zulamri layak ke separuh akhir di Olympia Bowling.

Iklan
Iklan

Pada peringkat 16 terakhir, Ayla Addini mengatasi lawan untuk mendahului Kumpulan A dengan 15 mata selepas memenangi lima perlawanan dan tewas dua, sekali gus layak ke peringkat empat terakhir dengan kemenangan terbesarnya terhadap pemain Slovenia, Alja Bergauer (279-195).

Beliau akan bertemu Zoriani Reyes dari Puerto Rico untuk melayakkan diri ke peringkat akhir pada 29 Jun.

Iklan

Sementara itu, perseorangan lelaki Ahmad Aziq terpaksa melalui laluan lebih sukar selepas terikat di tempat kedua dalam Kumpulan A bersama atlet Singapura, Ryan Toh dan Viktor Brentebraten dari Norwich, yang masing-masing mengumpulkan 12 mata, manakala Carl Eklung mendahului kumpulan dengan 18 mata.

Dengan pemain kedua terbaik ditentukan menerusi permainan dia pemain, Ahmad Azriq memenanginya dengan 237 jatuhan pin, manakala pemain Singapura dan Norway masing-masing menjatuhkan 214 dan 205 jatuhan pin.

Iklan

Beliau dijadualkan bertemu Junghun Bae dari Korea Selatan pada separuh akhir. - Bernama