Putra Square dah jadi pusat sampah?

Iklan
Sampah sarap yang dibuang dalam bangunan Putra Square.

KUANTAN - Tiada siapa yang menyangka bangunan Putra Square yang tersergam indah dan cantik serta dipenuhi orang ramai rupanya menjadi lokasi pembuangan sampah.

Sebaik sahaja memasuki bangunan terbabit terdapat contengan pada dinding dalam bangunan akibat perbuatan vandalisme.

Iklan
Iklan

Terdapat tiga bangunan di Putra Square iaitu Malay town, China town dan Indian town, namun kesemuanya tidak diselengara dengan baik sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai berkemungkinan menjadi tempat aktiviti tidak bermoral.

Seorang pengunjung, Nasrullah Mat Seman, 18, berkata, kawasan tersebut sememangnya kotor dan ia memberikan persepsi negatif terhadap bandar Kuantan oleh pelancong yang datang ke sini.

Iklan

"Bangunan ini terletak di tengah-tengah bandar, memang orang akan datang ke sini. Dulu dalam kawasan ini cantik, tapi kini keadaannya menyakitkan mata.

"Ia pernah jadi antara mercu tanda bandar ini dan tumpuan orang ramai... tapi sekarang kami bimbang, banyak masalah timbul seperti sampah dan tak mustahil boleh jadi tempat tak bermoral di kawasan ini,” katanya.

Iklan

Jelasnya. walaupun ada terdapat kesan penyelenggaran oleh pemilik bangunan berkenaan, ia seperti hanya 'melepaskan batuk di tangga' dan kawasan persekitarannya masih kotor.

"Saya minta pihak berkaitan selesaikan masalah itu kerana ini tumpuan orang ramai,” katanya.

Pekerja swasta, Ahmad Adam, 20, berkata, persekitarannya yang kotor pula dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang akhirnya mengancam kesihatan pengunjung yang datang ke kawasan berkenaan.

Dia menyuarakan rasa kesal dengan sikap orang ramai yang dilihat sewenang-wenangnya membuang sampah, seolah-olah kawasan ini dijadikan tempat pembuangan sampah.

"Perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana ini tempat awam... saya minta Pihak Berkuasa Tempatan dan pemilik premis bersihkan premis ini bagi mengelakkan berlaku masalah lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuanta (MPK) Norkamawati Kamal berkata, pembersihan bangunan itu adalah tanggungjawab pemilik bangunan berkenaan kerana bukan di bawah bidang kuasa pihaknya.

Beliau menjelaskan, pengurusan penyelengaran sampah di dalam bangunan berkenaan adalah di bawah sebuah syarikat swasta, manakala di luar pula dikendalikan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

"MPK hanya boleh salurkan aduan kepada pihak syarikat swasta berkenaan sekiranya ada aduan yg membabitkan pembungan sampah sarap di dalam kawasan bangunan itu," katanya.