Piala AFC: KL City, PSM Makassar buntu di Cheras

Iklan
Antara aksi menarik KL City menentang PSM Makassar dalam perlawanan Kumpulan H saingan Piala AFC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat. - Foto Kuala Lumpur City

KUALA Lumpur City FC (KL City) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar terikat tanpa jaringan ketika berdepan kelab Indonesia, PSM Makassar dalam perlawanan Kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Jumaat.

Skuad kendalian Bojan Hodak yang tampil dengan reputasi juara Piala Malaysia musim lalu ternyata menghadirkan situasi cemas kepada kelab Liga 1 Indonesia asuhan Bernardo Tavares tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ketumpulan bahagian penyudah The Hawks ternyata menjadi penghalang kepada setiap percubaan diterjemahkan dalam bentuk jaringan ke atas juara Piala Indonesia 2019 berkenaan.

Keputusan itu menyaksikan KL City memimpin Kumpulan H dengan satu mata sambil diekori rapat PSM Makassar (satu mata) selepas mengharungi satu perlawanan.

Iklan
Iklan

Satu lagi kelab wakil Singapura, Tampines Rovers akan menyingkap saingan pada Isnin dengan melayan PSM Makassar.