SHAH ALAM - Ketika negara sedang mengalami kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, golongan sederhana iaitu M40 juga seperti B40 turut tertekan dan merayu nasib mereka juga perlu dibela serta diberi perhatian oleh kerajaan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-ratanya golongan M40 mencadangkan mereka boleh juga menerima subsidi bersasar, biarpun dalam jumlah yang kecil.