LANGKAWI - Pengumuman dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) masih belum dibuat kerana terdapat masalah pentadbiran berpunca daripada kerajaan BN sebelum ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Beliau berkata ia lambat diumumkan kerana terdapat banyak akaun yang tidak menunjukkan kedudukan sebenar oleh pemerintahan kerajaan terdahulu.