Vietnam kekal dalam kelompok 100 FIFA

Iklan
Aksi persahabatan Vietnam menentang Afghanistan di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City. - Foto VTC.VN

PADA penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan, pemain Vietnam-Jerman Adriano Schmidt (4) mencatatkan kejayaan dengan satu hantaran untuk Pham Tuan Hai menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan persahabatan menentang Afghanistan.

Vietnam kekal dalam kelompok 100 terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menurut Persekutuan Bola Sepak Vietnam.

Iklan
Iklan

The Golden Dragons berada di tempat ke-97 dalam ranking FIFA dengan 1,219 mata, lapor Agensi Berita Vietnam.

Kemenangan 2-0 ke atas Afghanistan dalam aksi persahabatan pada 1 Jun membantu Vietnam memperoleh 3.46 mata, namun tidak mencukupi untuk mara dalam ranking kerana saingan terdekatnya seperti Palestin dan Kyrgyzstan mencatat keputusan baik pada Kelayakan Pusingan Ketiga Piala Asia 2023.

Iklan

Walaupun Vietnam telah jatuh satu tempat berbanding kemas kini ranking sebelum ini, ia adalah satu-satunya pasukan Asia Tenggara dalam 100 teratas dunia terutamanya mengekalkan kedudukan sejak November 2018 dianggap sebagai rekod yang sangat mengagumkan untuk pasukan itu.

Vietnam masih mendahului Asia Tenggara, diikuti oleh Thailand dan Filipina. Di Asia, Vietnam menduduki tempat ke-17.

Iklan

Sementara itu, Thailand mengekalkan ranking di kedudukan ke-111 apabila memperoleh 3.01 mata selepas menewaskan Maldives 3-0 dan Sri Lanka 2-0 tetapi tewas kepada Uzbekistan 0-2 dalam Kelayakan Piala Asia 2023. - Bernama