Kejayaan di Mallorca cetus semangat ke Wimbledon

Iklan
Tsitsipas mahu mara lebih jauh di Wimbledon. - foto Reuters

BINTANG tenis Greece, Stefanos Tsitsipas menyifatkan kejayaannya muncul juara pada Kejohanan Mallorca Sabtu lalu sebagai bekal semangat terbaik menjelang Kejohanan Wimbledon, minggu depan.

Menurut Tsitsipas, kejayaan yang dilakar pada gelanggang rumput itu juga membuatkannya semakin bersemangat untuk beraksi lebih baik di Wimbledon kali ini.

Iklan
Iklan

"Saya cukup gembira dengan kejayaan di Mallorca kerana agak jarang untuk saya mencatatkan kemenangan di gelanggang rumput di mana kebanyakan gelaran saya terhasil di gelanggang tanah liat atau di gelanggang simen.

"Oleh itu, kemenangan Sabtu lalu merupakan sesuatu yang istimewa buat saya menjelang kejohanan besar seperti Wimbledon.

Iklan

"Malah, saya kini begitu bersemangat dan tidak sabar untuk beraksi minggu depan bagi mencatatkan lebih banyak kejayaan,” katanya.

Pada aksi final Kejohanan Mallorca, Tsitsipas menewaskan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut, 6-4, 3-6, 7-6(-2).

Iklan

Sementara itu, Tsitsipas turut berazam untuk melangkah lebih jauh pada kejohanan Wimbledon kali ini.

Katanya, berdasarkan kepada semangat dan prestasi semasanya, hasrat berkenaan dilihat mampu untuk direalisasikan.

"Hari ini mungkin hari paling penting buat saya kerana telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan ‘gelaran’ yang benar-benar saya mahukan.

"Apa pun, perlawanan hari ini merupakan pertembungan yang sengit dan walaupun saya tahu memang sukar menerima kekalahan, tetapi dalam sukan tenis, kami tetap berbangga kerana mampu mara sehingga ke tahap ini,” katanya.