Sri Lanka hadkan bahan api kenderaan persendirian

Iklan
Sri Lanka tidak akan menerima penghantaran petrol, diesel dan minyak mentah, yang sepatutnya dijadualkan tiba minggu ini dan minggu depan. Foto fail Reuters

COLOMBO - Sri Lanka tidak akan menerima penghantaran petrol, diesel dan minyak mentah, yang sepatutnya dijadual tiba minggu ini dan minggu depan, kata Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak pembekal sudah memaklumkan kepada pengimport dan pengedar bahan api, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) bahawa penghantaran tidak dapat dibuat mengikut jadual atas sebab perbankan serta logistik, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

"Pengangkutan awam, penjanaan kuasa dan industri akan diberi keutamaan sehingga penghantaran seterusnya sampai," katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak beratur untuk mendapatkan bahan api.

Iklan

Susulan itu katanya, operasi kilang penapis juga akan dihentikan buat sementara waktu sehingga stok sampai.

"Kami sedang bekerjasama dengan semua pembekal baharu dan sedia ada. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan," katanya. - Bernama

Iklan