Pemimpin perlu angkat darjat, bela nasib rakyat: Anwar

Iklan
Anwar ketika memberikan ceramah semasa program Ceramah Jelajah Harapan di Dataran Pantai Morib, di Kuala Langat pada Sabtu.

KUALA LANGAT - Seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk mengangkat darjat masyarakat, selain membela nasib golongan miskin dan tertindas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin juga perlu mengutamakan perubahan rakyat ke arah kebaikan dan tidak menggunakan jawatan tersebut demi keuntungan diri sendiri.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengulas sikap ahli politik yang gemar menggunakan isu perkauman bagi meraih undi dan sokongan terhadap mereka.

"Sikit-sikit (main) isu kaum, kalau betul tolong Melayu, saya okey. (Tapi) Melayu mana yang kamu tolong?

Iklan

"Bila pergi berkempen, (kata) nak selamatkan orang Melayu. Melayu mana yang ingin diselamatkan?

"Keutamaan kita bukan menambah elaun pimpinan, tambah jawatan menteri-menteri (hingga) bercambah tapi mengutamakan kepentingan dan kemaslahatan rakyat," katanya dalam ceramahnya semasa Program Ceramah Jelajah Harapan di Dataran Pantai Morib di sini pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Anwar berkata, Melaka merupakan antara negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang menunjukkan perubahan yang nyata sepanjang tempoh pentadbiran selama 22 bulan sebelum ini.

Ujarnya, perubahan tersebut jelas kelihatan dari segi perbelanjaan peruntukan yang cermat dan berhemah walaupun terhad dari segi tabungan.

"Niat kita, tekad kita, kerja dan amal kita mestilah dengan melakukan sedaya upaya bawa perubahan. Bukan untuk diri kita, daripada Yang Berhormat (YB) jadi Datuk, daripada Tan Sri jadi Tun.

"Kita mesti manfaatkan masa yang ada, menanam semangat perubahan ke arah kebaikan, bukan menjadi pengampu dan penjilat.

"Ada orang yang nyata salah guna berbilion ringgit, masih disanjung oleh sebahagian kita, apa maruah kita? Di mana ajaran agama itu (yang menyuruh) 'mendewakan' orang yang merompak kekayaan berbilion ringgit," katanya.