DHAKA - Banjir akibat hujan lebat bermusim dan aliran deras air sungai di Bangladesh telah mengorbankan 82 orang sejak bulan lepas, kata pihak berkuasa.
Menurut laporan harian banjir Pusat Gerakan Kecemasan Kesihatan dan Bilik Kawalan pada Sabtu, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat lemas di kawasan yang dilanda banjir sejak 17 Mei hingga Sabtu.