Remaja perempuan hilang 6 hari ditemui di Bangi

Iklan
Asisten Komisioner Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Bandar Dalam, Sentul sejak Isnin lalu sudah ditemui di Bangi, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, remaja itu ditemui dalam keadaan selamat, namun beliau tidak mendedahkan secara terperinci lokasi penemuan terbabit.

Iklan
Iklan

"Kami difahamkan remaja terbabit hilang kerana mahu mencari kerja dan hidup berdikari, namun kami tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sedikit salah faham antara ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan kehilangan Hidayati Duwaijah Mazlan selepas keluar dari rumahnya untuk ke kedai pada jam 7.20 malam Isnin.

Iklan
Iklan

Bimbang akan keselamatannya, keluarga remaja terbabit membuat laporan berhubung kehilangannya kira-kira jam 6.43 petang sehari selepas hilang.