Streram yakin 70 peratus menang

Iklan
Streram (duduk; dua, kiri) ketika hadir pada program santai bersama media dan penduduk petang ini

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram yakin beliau mempunyai peluang sehingga 70 peratus untuk menang PRK DUN Rantau kali ini.

Katanya,keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan yang diberikan pengundi DUN itu kepadanya.

Iklan
Iklan

"Saya yakin akan tawan (DUN Rantau). Peratusan saya letak antara 60 hingga 70 peratus," katanya ketika ditemui pada Program Santai Media Bersama Penduduk Sendayan di Felda Sendayan, di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya tentang bentuk kempen yang akan beliau beri keutamaan, Streram yang juga seorang pakar bius akan menggunakan pendekatan ketuk pintu rumah-rumah pengundi di DUN berkenaan.

Iklan

"Kita akan laksanakan kempen ketuk pintu rumah (pengundi) untuk tengok mereka terima saya.

"Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan PH menang dan bersedia untuk memberikan khidmat kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Iklan

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya, Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.