Tidak semua boleh guna ciri 'Live'

Iklan
Sheryl Sandberg

SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat media sosial gergasi, Facebook mempertimbangkan untuk meletakkan sekatan kepada siapa yang boleh memuat naik video secara langsung di platform tersebut susulan insiden serangan berdarah ke atas dua masjid di New Zealand pada 15 Mac lalu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Sheryl Sandberg menerusi catatan blog, semalam, Facebook akan memantau siapa yang boleh menggunakan ciri 'Live' bergantung kepada faktor seperti pelanggaran standard komuniti di laman sosial terbabit.

Iklan
Iklan

Jelasnya, Facebook telah mengenal pasti lebih 900 video yang menunjukkan sebahagian insiden serangan dan ia telah menggunakan alat kecerdasan buatan untuk mengesan dan memadamkan kumpulan kebencian di Australia serta New Zealand.

Facebook berada di bawah tekanan untuk mengubah polisi mereka selepas pengganas kulit putih terbabit menggunakan live-streamed ketika melancarkan serangan ganas yang meragut 50 nyawa di Christchurch.

Iklan

Beberapa pengkritik mendakwa Facebook tidak memadamkan video itu dengan cepat hingga membolehkan ia tersebar seluruh internet dan dimuat naik ke perkhidmatan lain seperti Google dan Youtube.

Difahamkan, video asal telah ditonton kira-kira 200 pengguna ketika ia disiarkan secara langsung selama 17 minit dan Facebook telah memadamkan video berdurasi 12 minit selepas live-streamed itu tamat.

Iklan

Tetapi, beberapa pengguna sempat mengambil klip rakaman itu dan menyiarkannya semula hingga menyukarkan laman sosial terbabit untuk menyekat kesemua video berkaitan. - USA Today