Kehadiran Jesus mantapkan jentera serangan Arsenal

Iklan
Jesus - Foto The Telegraph

PENGENDALI Arsenal, Mike Arteta yakin kehadiran Gabriel Jesus bakal memantapkan lagi jentera serangan skuad The Gunners itu bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), kelak.

Malah menurut Arteta, kehadiran bekas penyerang Manchester City berusia 25 itu dilihat mampu membantu merealisasikan sasaran pasukan untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik (top four), EPL.

Iklan
Iklan

"Musim lalu nyata tidak memihak kepada kita apabila kita hanya menamatkan saingan pada kedudukan kelima. Jadi musim ini kita sasarkan untuk menamatkan saingan pada kedudukan top four, di mana ia merupakan kedudukan sebenar pasukan ini sebagaimana lazimnya.

"Diharapkan semua pemain dapat memberikan fokus untuk mencapai sasaran berkenaan dan engan kehadiran penyerang seperti Jesus, kita yakin sasaran itu akan berjaya dicapai,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, skuad The Gunners itu telah selesai menyempurnakan urusan perpindahan Jesus daripada Manchester City pada Isnin dengan nilai RM243 juta, sekali gus menjadikan Jesus sebagai pemain Arsenal yang bakal menerima bayaran gaji tertinggi di kelab berkenaan.

Sementara itu, penyerang muda Arsenal, Eddie Nketiah menyifatkan kehadiran Jesus ke Emirates sebagai satu permulaan baik bagi mengharungi saingan musim baharu EPL.

Iklan

Katanya, selain menjadikan jentera serangan The Gunners lebih ‘menyengat,’ kehadiran Jesus juga turut memberikan lebih pilihan kepada Arteta bagi membentuk corak serangan pasukan yang lebih bervariasi.

"Bagi saya, setiap pasukan perlu melengkapkan ‘kekuatan’ masing-masing dengan memiliki pemain-pemain yang mantap di setiap posisi.

"Oleh itu, kehadiran Jesus dilihat telah membantu melengkapkan perkara berkenaan dan saya berharap ia akan membantu pasukan ini untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan musim baharu nanti,” katanya.