Vaksin Covid-19 Korea Selatan tunggu masa untuk dipasarkan

Iklan
Gambar hiasan

SEOUL - Calon vaksin Covid-19 pertama Korea Selatan, yang dibangunkan SK Bioscience Co., telahpun menerima kelulusan daripada kumpulan penasihat pakar farmaseutikal, selangkah lebih hampir untuk dipasarkan secara komersial.

Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan memaklumkan GBP510, calon vaksin disyorkan ketika mesyuarat Jawatankuasa Semakan Farmaseutikal Pusat pada Ahad dan dilaporkan sudah untuk"kelulusan item" dari segi aspek keselamatan dan tahap keberkesanannya, menurut agensi berita Yonhap.

Iklan
Iklan

GBP510, juga dikenali sebagai SKYCovione, adalah vaksin tempatan yang berjaya melalui tiga fasa ujian klinikal.

Calon vaksin itu adalah vaksin gabungan protein berasaskan dua komponen partikel nano yang boleh memaksimumkan kesan kesan imun.

Iklan

Ia dibangunkan bersama Institut Penyelidikan Reka Bentuk Antigen Universiti Washington.

Kerajaan telah memeterai perjanjian untuk membeli 10 juta dos vaksin SK Bioscience. - Bernama

Iklan