Hentian sebelah Hicom ditutup sementara

Iklan
Hentian sebelah Hicom dari arah timur dan barat di Lebuhraya Shah Alam akan ditutup sementara untuk penambahbaikan. - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Hentian sebelah Hicom dari arah timur dan barat di Lebuhraya Shah Alam akan ditutup sementara kepada orang ramai untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Kesas Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, hentian sebelah Hicom arah barat iaitu Kuala Lumpur ke Klang akan ditutup bermula Isnin hingga 6 Julai 2022 manakala dari arah timur bermula 7 Julai hingga 19 Julai 2022.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan pada papan tanda disediakan di kawasan tersebut.

"Penutupan ini bagi tujuan tambah baik fasiliti bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

Iklan
Iklan

"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian kecemasan Kesas di 03-56337188 atau layari laman sesawang www.kesas.com.my," katanya.