KUANTAN - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1), ANIH Berhad akan menutup sebahagian Lebuhraya KLK selama 30 minit bermula 11 malam ini bagi memudahkan kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi memaklumkan, laluan di kedua-dua arah Lebuhraya KLK akan ditutup sepenuhnya dari Km 55.35 hingga Km 55.85 (Lentang) bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.