Didik bahaya dadah bermula dari rumah

Iklan
Mohamad Farid (tengah) bergambar bersama AJK masjid.

YAN - Pencegahan aktiviti penyalahgunaan dadah seharusnya bermula dari rumah kerana ia lebih bersifat efektif.

Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, keluarga terutama ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam perkara ini.

Iklan
Iklan

Katanya, ibu bapa perlu bijak mengawal anak-anak mereka agar tidak terjerumus dalam najis dadah.

"Banyak kes dadah yang berlaku disebabkan ibu bapa yang agak leka dalam mengawal pergerakan anak-anak," katanya ketika Program Pencegahan Masjid Hentian Bebas Dadah (Mahabah) di Masjid Ubudiyah Padang Lumat Yan.

Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pameran di dalam bas pameran milik AADK.

Mohamad Farid berkata, antara aktiviti yang dilaksanakan ketika program adalah tazkirah sebelum Jumaat dan pembacaan khutbah berkaitan pencegahan dadah.

Iklan

"Ketika program, pihak AADK turut menyediakan bas pameran, pendaftaran ahli skuad AADK dan kaunter aduan awam," katanya.

Program ini dijalankan dengan kerjasama erat Pejabat Agama Daerah Yan serta ahli jawatankuasa Masjid Ubudiyah Batu 16 Padang Lumat.