Amanda Misbun selamat timang anak ketiga

Iklan
Pelakon, Amanda Misbun

PELAKON, Amanda Misbun selamat melahirkan cahaya mata ketiga sekitar pukul 1.34 tengahari, Jumaat.

Adik kepada aktres terkenal Haliza Misbun berkongsi berita gembira itu di Instagram sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Bismillahirahmanirahim syukur alhamdulillah, yang dinantikan telah pun tiba dengan seberat 3.2 kilogram selepas 37 minggu membesar dalam perut.

"Syukur saya dan baby dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih atas doa-doa kalian. Semoga ALLAH balas dengan segala kebaikan di dunia dan di akhirat, amin," tulisnya.

Iklan
Iklan

Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama Hairulzain Fauzi dan dikurniakan dua cahaya mata, Qisha dan Abdul Khaliq.