Dua beradik diberkas cuba sogok polis

Iklan
SPRM

SHAH ALAM - Padah cuba menyogok anggota polis sebanyak RM25,000, dua beradik yang dipercayai terlibat sindiket penyeludupan minuman keras diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Menurut sumber, kedua suspek berumur lingkungan 40an itu ditahan di sebuah premis perniagaan di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Salah seorang suspek merupakan pengurus syarikat di Kuala Lumpur itu bersama saudaranya diberkas dalam satu operasi bersama yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan SPRM pada kira-kira jam 10 pagi.

"Kedua suspek yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan minuman keras tanpa cukai telah menyogok wang tunai kepada salah seorang pegawai kanan polis sebagai balasan supaya mereka dilepaskan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, kedua suspek bertindak demikian supaya mereka berdua tidak diambil sebarang tindakan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

"Kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok pada jam 9 pagi untuk permohonan reman," katanya.