Brek rosak, lori simen rempuh rumah

Iklan
Pemandu lori simen dikejarkan ke Hospital Slim River selepas mengalami mecederaan akibat merempuh rumah penduduk di Taman Bernam. -Foto: ihsan pembaca

TANJUNG MALIM - Gara-gara brek tidak berfungsi, dua rumah di Jalan Bernam 6, Taman Bernam di sini, rosak dirempuh lori pembancuh simen.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, pemandunya lelaki berusia 36 tahun mengalami kecederaan di kepala telah dihantar menerima rawatan di Hospital Slim River.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa memandu untuk menghantar simen konkrit.

"Ketika menuruni satu bukit di kawasan perumahan tersebut, pam brek angin kosong menyebabkan lori itu gagal berhenti.

Iklan

"Keadaan itu menyebabkan kenderaan berat itu terbabas dan terlanggar bahagian hadapan dua rumah terbabit," katanya di sini pada Selasa.

Menurutnya, mangsa mengalami luka di kepala dan lebam di muka manakala penghuni rumah dilaporkan selamat.

Iklan

"Mangsa masih menerima rawatan di hospital dan masih belum membuat laporan kemalangan setakat ini. Bagaimanapun, spesimen darah mangsa diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk dianalisa," katanya.

Pemandu lori simen dikejarkan ke Hospital Slim River selepas mengalami mecederaan akibat merempuh rumah penduduk di Taman Bernam. -Foto: ihsan pembaca

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.