Taliban bunuh sembilan polis Afghanistan

Iklan
Polis Afghanistan mengawal beberapa lokasi di Ghazni selepas serangan hendap awal pagi semalam.

GHAZNI - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya sembilan anggota polis Afghanistan terbunuh selepas pejuang Taliban menyerang pos pemeriksaan mereka dan melancarkan serangan hendap di bandar Ghazni, kata pegawai hari ini.

Serangan itu bermula awal Jumaat apabila Taliban menyerang dua pos pemeriksaan lain di kawasan tersebut, kata jurucakap polis Ghazni Ahmad Khan Seerat kepada AFP.

Iklan
Iklan

Tambahnya, Taliban kemudian menyerang kumpulan polis yang sedang bergegas ke tempat kejadian, sehingga mereka berjaya membunuh ketua polis tempatan.

Dalam serangan itu, enam orang dilaporkan turut cedera.

Iklan

Angka itu disahkan oleh Arif Noori, jurucakap gabenor Ghazni.

Pada Ogos lalu, Taliban sempat mengawal bandar Ghazni sebelum mereka berundur ekoran serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan pasukan Afghanistan.

Iklan

Serangan pada hari Jumaat itu menunjukkan keamanan di Afghanistan masih rapuh dan risiko terus dihadapi oleh pasukan keselamatan tempatan kerana mereka diletakkan di kawasan yang terdedah.

Presiden Ashraf Ghani pada Januari lalu berkata 45,000 pasukan keselamatan telah terbunuh sejak beliau mengambil alih jawatan itu pada September 2014. – AFP