Daftar Kad MyRadha’ah elak kekeliruan nasab

Iklan
JAIS menggesa ibu susuan di negeri ini agar mendaftarkan nama mereka untuk direkodkan bagi mengelak masalah kekeliruan nasab. - Gambar hiasan 123RF

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggesa ibu susuan di negeri ini agar mendaftarkan nama mereka untuk direkodkan bagi mengelak masalah kekeliruan nasab.

Pihak berkuasa agama itu memaklumkan, selepas mendaftar, JAIS akan mengeluarkan kad MyRadha’ah untuk disimpan pemohon sebagai ibu susuan dan kepada anak susuan.

Iklan
Iklan

"Kad itu mengandungi maklumat ibu dan anak susuan seperti nama, nombor kad pengenalan atau MyKid serta nombor rekod pendaftaran,” kata JAIS menerusi info grafik jabatan itu di laman Facebook JAIS.

Kata kenyataan itu, permohonan kad MyRadha’ah perlu dikemukakan oleh ibu susuan atau anak susuan dan hendaklah sempurna lima kali penyusuan yang mengenyangkan anak yang disusui.

Iklan

Selain itu, anak yang disusukan perlu berusia kurang daripada dua tahun dengan penyusuan berlaku secara langsung atau tidak langsung.

Borang permohonan boleh diperoleh di https://www.jais.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5514 3458/3464.

Iklan

Pada 2018, Selangor menerusi JAIS menjadi negeri pertama memperkenalkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita bukan ibu kandung bagi mengelak masalah kekeliruan nasab.

Kad MyRadha’ah itu bertujuan merekodkan pendaftaran anak dan ibu susuan supaya anak susuan itu tidak berkahwin dengan saudara sesusuan selain memperkenalkan identiti mereka serta menjaga keturunan umat Islam melalui proses nikah yang sah.